Friday, March 12, 2010

Kerajaan Hulur Bantuan Kepada Dua Pesakit


Dato' Ahmad memakaikan kaki palsu kepada Nik Shamsiah sambil dibantu YB Yahya Khatib di Kampung Binjai Rendah, Marang. (Gambar oleh : Zulkipli bin CW. Putera)

MARANG, 10 Mac - Dua pesakit, seorang pemuda yang lumpuh dan wanita yang mempunyai sebelah kaki sahaja, diberi bantuan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

Sebagai tanda prihatin terhadap nasib rakyat, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, ‘turun padang’ bagi menyampaikan bantuan tilam udara dan pelbagai peralatan perubatan bernilai hampir RM10,000 kepada Mohd Nainuddin Kassim, 33, di rumah pesakit tersebut di Kampung Gong Nangka, Marang.


Mohd Nainuddin yang bekerja sebagai buruh lumpuh selepas terjatuh dari bangunan tangki air di Balai Polis Jerangau Sungai, November tahun lalu.

Selepas itu, Dato’ Ahmad menyampaikan bantuan kaki palsu berharga RM3,800 kepada Nik Shamsiah Omar, 48, yang tinggal bersama-sama adiknya di Kampung Binjai Rendah.


Menteri Besar berbual dengan Mohd Nainuddin selepas menyampaikan bantuan tilam dan peralatan perubatan di Kampung Gong Nangka, Marang.

Sewaktu menziarahi Nik Shamsiah, Menteri Besar turut meluluskan serta-merta permohonan pesakit yang memerlukan sebuah rumah, di bawah projek Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


TERENGGANU HARI INI

1 comment:

  1. Ada baiknya isteri Mat Said atau wakil wanita yang memakaikan kaki palsu kepada makcik tu. Silap-silap terpegang tempat tak patut.

    Jangan sampai nak tunjuk turun padang, sehinggakan tak kira semak dan samun hak orang pun nak diredah.

    ReplyDelete