Dato’ Ahmad disambut oleh urusetia program sebelum majlis perasmian di Marang Village Resort & Spa
MARANG 10 Mac : Kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) disaran mendampingi rakyat agar dapat menyampaikan hasrat dan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, walaupun anggota APMT merupakan mata dan telinga kerajaan, mereka juga bertindak sebagai penyampai maklumat yang tepat.
“Sebagai penyampai maklumat, anggota APMT perlu diberi pendedahan kepada kaedah yang efektif. Memaparkan maklumat dalam bentuk berita menggunakan media baru adalah satu cara yang berkesan”, Dato’ Ahmad berkata ketika merasmikan Kursus Kewartawanan APMT di Marang Village Resort & Spa.
Kursus Kewartawanan APMT yang bermula pada 6 Mac dan berakhir pada 12 Mac ini bertujuan melatih 150 orang Ketua Penyelia dan Penyelia APMT Dewan Undangan Negeri mengenai kemahiran penulisan berita dan memuatkan berita dalam blog.
Hasil dari kursus tiga siri ini, para peserta berjaya mengaktifkan blog utama terengganuhariini.blogspot.com yang kini boleh dilayari di internet dan akan dimuatkan dengan berita tentang peristiwa yang berlaku di peringkat akar umbi.
Blog utama ini akan menyediakan pautan blog yang akan dikendalikan oleh penyelia-penyelia APMT di peringkat DUN.
Dato’ Ahmad berkata, anggota APMT merupakan orang yang terdekat dengan masyarakat dan tiada alasan untuk tidak mengetahui peristiwa yang berlaku di kawasan masing-masing.
“Saya harap semua peserta dapat manfaatkan ilmu dalam bidang kewartawanan apabila kembali ke kawasan masing-masing dan membuat berita untuk dimuat turun ke dalam blog yang telah diaktifkan
“Anggota APMT juga perlu peka dengan dasar-dasar kerajaan dan menggunakan blog untuk menwarwarkannya ke dalam blog masing-masing,” katanya.
TERENGGANU HARI INI
No comments:
Post a Comment