Monday, July 30, 2012

Maidam agihkan 95 peratus zakat raya kepada fakir miskin

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sudah mengagihkan 95 peratus daripada RM14 juta peruntukan bantuan zakat Hari Raya tahun ini kepada seramai 32,000 penerima fakir miskin.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata pihaknya sudah selesai mengagihkan bantuan tersebut sebelum tibanya bulan Ramadan dan baki bantuan dibuat kepada mereka yang terlibat sedikit masa lagi.
  
"Sebelum tiba bulan Ramadan kita sudahpun agihkan bantuan berkenaan," katanya pada majlis pengagihan zakat raya kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh di sini hari ini.
  
Pada majlis hari ini pengagihan zakat berkenaan dibuat kepada 637 penerima melibatkan RM231,750 dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
   
Seramai 549 orang menerima RM350 seorang manakala 88 orang lagi masing-masing menerima bantuan sebanyak RM450.
   
Wan Harujan berkata, tahun ini adalah tahun kedua pengagihan zakat dibuat dalam dua kategopri iaitu RM350 bagi keluarga yang mempunyai isi rumah tiga orang manakala RM450 bagi keluarga lebih daripada empat orang.
   
"Pengagihan dalam dua kategori ini sejak tahun lepas lagi memandangkan ada keperluan bagi mereka yang mempunyai isi rumah melebihi empat orang," katanya.

TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberi seribu erti buat kita semua.

berita penuh

Sunday, April 8, 2012

MURID SEKOLAH RENDAH MENERIMA EBOOK


BERTUAH.....Sebuah keluarga mempunyai anak sepasang kembar perempuan yang menerima EBOOK.
 4 April, Seramai 624 orang murid sekolah rendah daripada enam buah selolah di dalam Dun Tepoh menerima EBOOK di Institut Perguruan Batu Rakit. Pembahagian EBOOK ini disampaikan oleh YB Ustaz Muhammad Ramli Bin Haji Nuh, Adun Tepoh yang juga timbalan Exco Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Beliau menyampaikan sendiri kepada setiap murid yang menerima EBOOK pada hari itu.

Setiap murid yang menerima EBOOK diiringi oleh ibu bapa masing-masing 
Antara Sekolah-sekolah yang menerima Ebook di Zon Pantai dalam Dun Tepoh ialah Sekolah Institut Perguruan, Sekolah  Tanjung Gelam, Sekolah Kompleks Mengabang Telipot, Sekolah Mengabang Telipot, Sekolah Gong Badak dan Sekolah Kompleks Gong Badak.
GEMBIRA.....itulah gambaran wajah yang ditunjukan oleh setiap penerima EBOOK.


Pembahagian Ebook kali ini di beri kepada murid tahun empat dan seramai 624 org murid ini adalah tahun empat yang terpilih daripada setiap sekolah. Dalam ucapan YB Ustaz Muhammad Ramli, Beliau berharap ibu bapa kepada murid yang menerima EBOOK ini memainkan peranan penting untuk anak-anak dan sentiasa memantau pembelajaran anak-anak. Terengganu kini masih lagi mengekalkan kecermerlangan dalam pendidikkan dan beliau berharap dengan pemberian EBOOK olejh kerajaan negeri Terengganu ini, para pelajar dapat terus mengekalkan kecemerlangan ini.

berita penuh

Sunday, February 19, 2012

Team Building APMT Pengikat Kasih

Program Team Building yang dianjurkan oleh Parlimen Besut baru-baru ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama kakitangan malahan ia juga dapat mendidik sifat kerjasama di antara kakitangan. Program yang diadakan di Demong Beach Resort, Besut ini disertai oleh semua Pegawai Pembangunan Parlimen APMT, Ketua Penyelia DUN serta para kakitangan APMT ibu pejabat.

Pihak urusetia telah menyediakan beberapa acara sukan untuk para peserta. Selain daripada itu, pihak urusetia juga menyediakan beberapa ekor kuda bagi sesiapa yang inginkan program santai. Pengarah dan Penolong Pengarah juga turut tidak ketinggalan menyertai acara sukan yang dipertandingkan.











TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, February 14, 2012

Lawatan APMT ke PDK Jertih

Pada 8 Februari lepas, APMT telah mengadakan lawatan mesra ke PDK Jertih, Besut. Rombongan lawatan diketuai oleh Pegarah APMT beserta dengan pegawai-pegawai kakitangan APMT ibu pejabat dan APMT Besut.

Dalam ucapannya, pengarah berharap lepasan pelajar di PDK ini dapat hidup berdikari seperti manusia normal untuk bersaing di dunia luar pada masa akan datang.

Selepas itu, beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar di samping menyampaikan sedikit cenderahati daripada pihak APMT.





berita penuh

Monday, January 16, 2012

Terengganu Terima Dana Khas RM200 juta

Kerajaan negeri menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia di Wisma Darul Iman, hari ini.

Penyerahan itu disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Seri Ahmad Said di tingkat 16, pejabat Menteri Besar.

Majlis penyarahan cek tersebut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

teganukita


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Sunday, January 15, 2012

Pemilik Tanah Yang Tidak Melunaskan Cukai Diberi Amaran

Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran keras termasuk merampas tanah pemilik yang didapati tidak menjelaskan tunggakan cukai tanah melebihi 10 tahun lepas.

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk menjadikan pemilik tanah berkenaan lebih bertanggungjawab.

"Ia melibatkan 25,047 hak milik dan mulai tahun ini pejabat tanah akan mengeluarkan notis kepada pemilik yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu bersama warga pentadbiran tanah negeri di sini hari ini.

Kutipan cukai tanah di Terengganu yang dicatat pada tahun 2011 ialah RM23 juta sedangkan hasil sebenar yang patut dipungut ialah RM26 juta, katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata pada tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan RM80 juta untuk pengambilan balik tanah di 24 kawasan bagi tujuan pembangunan

TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, January 5, 2012

Golongan Nelayan dan Penternak Di Hargai

Lebih 1,000 orang golongan nelayan dan penternak di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang semalam. Majlis perjumpaan bersama Menteri Besar Terengganu itu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman.


Pemberian saguhati itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban para nelayan dan penternak terutamanya pada musim tengkujuh ini. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, pemberian pelbagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan keluarga nelayan dan penternak yang tidak harus disia-siakan.

"Di samping itu, mereka seharusnya berusaha mempelbagaikan punca pendapatan bagi menyediakan kehidupan lebih baik dan kerajaan menyasarkan pendapatan nelayan akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020," katanya.

Beliau turut menasihatkan persatuan bersikap proaktif dengan memanfaatkan kemudahan agar tidak sekadar dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan.

"Ia juga boleh dijadikan pusat kegiatan agro pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya," jelasnya.

Program anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bersama Lembaga Kemajuan Ikan Negeri serta Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di lihat dapat memberi penjelasan berkaitan peluang dan skim bantuan kerajaan untuk mengubah nasib golongan itu.

TERENGGANU HARI INI

berita penuh