Thursday, January 5, 2012

Golongan Nelayan dan Penternak Di Hargai

Lebih 1,000 orang golongan nelayan dan penternak di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang semalam. Majlis perjumpaan bersama Menteri Besar Terengganu itu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman.


Pemberian saguhati itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban para nelayan dan penternak terutamanya pada musim tengkujuh ini. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, pemberian pelbagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan keluarga nelayan dan penternak yang tidak harus disia-siakan.

"Di samping itu, mereka seharusnya berusaha mempelbagaikan punca pendapatan bagi menyediakan kehidupan lebih baik dan kerajaan menyasarkan pendapatan nelayan akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020," katanya.

Beliau turut menasihatkan persatuan bersikap proaktif dengan memanfaatkan kemudahan agar tidak sekadar dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan.

"Ia juga boleh dijadikan pusat kegiatan agro pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya," jelasnya.

Program anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bersama Lembaga Kemajuan Ikan Negeri serta Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di lihat dapat memberi penjelasan berkaitan peluang dan skim bantuan kerajaan untuk mengubah nasib golongan itu.

TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment