Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan menganjurkan festival batik, songket dan kraf Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 25 November ini.
Objektif utama festival selama dua minggu itu bertujuan merealisasikan peranan industri kraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosioekonomi negeri dan negara.
Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha industri kraf mempromosi dan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat umum selain peluang mencari rakan niaga.
Sementara itu Pengurus Besar YPU, Azmi Razik berkata Terengganu akan mewujudkan sebuah pusat latihan tenunan songket di Kampung Gong Kapas di Kuala Terengganu, akhir bulan depan.
Ia bertujuan melahirkan lebih ramai penenun songket di kalangan generasi muda dan menyelamatkan industri songket di negeri ini daripada berkubur pada masa depan.
“Pada masa ini Terengganu mengalami masalah kekurangan penenun berpengalaman serta mahir dan langkah mewujudkan pusat latihan itu dilihat sebagai satu cara untuk menyelamatkan industri songket di negeri ini,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata, pusat latihan itu mampu melatih 10 orang penenun songket dalam satu-satu masa dengan bimbingan penenun songket berpengalaman dan mahir.
Katanya, dengan latihan itu, YPU berharap songket-songket yang dihasilkan di negeri ini lebih bermutu tinggi sekali gus mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Azmi berkata, pada masa ini songket, batik dan sutera Terengganu mendapat permintaan daripada industri tekstil daripada beberapa buah negara barat.
“Ini satu peluang terbaik bagi pengusaha songket, batik serta sutera Terengganu untuk menembusi pasaran global dan baru-baru ini kerajaan negeri juga menghantar satu rombongan terdiri daripada pengusaha batik, songket dan sutera Terengganu ke luar negara untuk melihat peluang pasaran di sana,” katanya.

No comments:
Post a Comment