Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan pengangkutan percuma ke Pulau Duyong sepanjang Piala Monsun mulai 1-5 Disember, bermula 10 pagi hingga 6 petang.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata sebanyak dua bas dan enam bot diperuntukkan untuk menghantar penonton ke pusat peranginan lima bintang Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa, medan kancah saingan Piala Monsun.
Bot penambang itu akan membawa penyokong ulang alik dari Jeti Shahbandar ke jeti nelayan berdekatan pusat peranginan itu manakala 20 beca akan membawa mereka ke gelanggang yang bukan saja menawarkan saingan pelayaran bertaraf dunia, malah pelbagai aktiviti lain.
“Kami sudah menganjurkan Piala Monsun sejak 2005 dan tahu apa yang perlu dijangkakan. Tahun ini sedikit berbeza kerana kekurangan tempat letak kereta tetapi kami mengatasi masalah itu dengan menawarkan pengangkutan percuma ke gelanggang,” jelas Mazlan.
“Selain itu, acara Piala Pertabalan akan turut diteruskan pada tahun ini selepas kali pertama ia dianjurkan pada 2007.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan bersaing dalam acara itu. Saya percaya ia juga bakal menjadi salah satu acara yang menarik.” katanya.
TERENGGANU HARI INI
No comments:
Post a Comment