Tuesday, November 16, 2010

Hari Sukan APMT Sangat Meriah

Oleh: Asma Aishah

Bahang kemeriahan Hari Sukan APMT masih dirasai walaupun telah seminggu berlalu. Walaupun terpaksa bermain di dalam hujan lebat, namun para pemain tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka. Penyertaan daripada semua warga APMT di seluruh parlimen dan dun negeri membuktikan warga APMT bersatu hati dalam melakukan tugas dan tanggungjawab mereka.


Majlis bermula pada pukul 8 pagi di TER dan tamat pada pukul 12 tengah malam. Acara pada sebelah pagi dimulai dengan badminton dan futsal yang berlangsung di Permint Jaya manakala bola jaring dan bowling bertempat di Kompleks Sukan TER. Pada sebelah petangnya, acara sukaneka pula diadakan.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta ialah pertandingan karaoke yang telah berlangsung pada malamnya. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori duet dan solo. Namun persembahan yang paling menarik perhatian pada malam itu ialah nyanyian daripada Timbalan Pengarah APMT, Haji Shamsuddin yang turut menyumbangkan suara menyanyikan lagu Oh Fatimah.

Pemain sedang melakukan persiapan sebelum permainan

Acara lastik burung paling mendapat perhatian

Acara tarik tali berlangsung dalam keadaan hujan

Permainan hanya untuk gologan wanita


TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment