Sunday, November 21, 2010

Polis Terengganu Beku Cuti Anggota untuk Hadapi Banjir

Oleh: Asma Aishah

Bagi menghadapi musim tengkujuh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu bersiap sedia untuk membekukan cuti kepada semua pegawai dan anggotanya berjumlah 2,737 orang

Ketua polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, penguatkuasaan pembekuan cuti bermula 1 November lalu dibuat berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa berlaku banjir besar di Terengganu.

"Pembekuan cuti melibatkan semua jabatan PDRM dan akan ditamatkan sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir serta pulih seperti biasa," katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai di negeri ini memandang serius terhadap bencana tersebut bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini yang boleh menyebabkan keselamatan nyawa terancam. Beliau juga memberitahu kepada orang ramai yang berada di lokasi risiko banjir supaya menyimpan barang di tempat selamat serta memberi perhatian sepenuhnya kepada keselamatan diri sendiri apabila banjir melanda.
TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment