Monday, July 30, 2012

Maidam agihkan 95 peratus zakat raya kepada fakir miskin

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sudah mengagihkan 95 peratus daripada RM14 juta peruntukan bantuan zakat Hari Raya tahun ini kepada seramai 32,000 penerima fakir miskin.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata pihaknya sudah selesai mengagihkan bantuan tersebut sebelum tibanya bulan Ramadan dan baki bantuan dibuat kepada mereka yang terlibat sedikit masa lagi.
  
"Sebelum tiba bulan Ramadan kita sudahpun agihkan bantuan berkenaan," katanya pada majlis pengagihan zakat raya kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh di sini hari ini.
  
Pada majlis hari ini pengagihan zakat berkenaan dibuat kepada 637 penerima melibatkan RM231,750 dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
   
Seramai 549 orang menerima RM350 seorang manakala 88 orang lagi masing-masing menerima bantuan sebanyak RM450.
   
Wan Harujan berkata, tahun ini adalah tahun kedua pengagihan zakat dibuat dalam dua kategopri iaitu RM350 bagi keluarga yang mempunyai isi rumah tiga orang manakala RM450 bagi keluarga lebih daripada empat orang.
   
"Pengagihan dalam dua kategori ini sejak tahun lepas lagi memandangkan ada keperluan bagi mereka yang mempunyai isi rumah melebihi empat orang," katanya.

TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment