Sunday, November 21, 2010

Polis Terengganu Beku Cuti Anggota untuk Hadapi Banjir

Oleh: Asma Aishah

Bagi menghadapi musim tengkujuh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu bersiap sedia untuk membekukan cuti kepada semua pegawai dan anggotanya berjumlah 2,737 orang

Ketua polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, penguatkuasaan pembekuan cuti bermula 1 November lalu dibuat berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa berlaku banjir besar di Terengganu.

"Pembekuan cuti melibatkan semua jabatan PDRM dan akan ditamatkan sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir serta pulih seperti biasa," katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai di negeri ini memandang serius terhadap bencana tersebut bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini yang boleh menyebabkan keselamatan nyawa terancam. Beliau juga memberitahu kepada orang ramai yang berada di lokasi risiko banjir supaya menyimpan barang di tempat selamat serta memberi perhatian sepenuhnya kepada keselamatan diri sendiri apabila banjir melanda.
TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, November 16, 2010

Hari Sukan APMT Sangat Meriah

Oleh: Asma Aishah

Bahang kemeriahan Hari Sukan APMT masih dirasai walaupun telah seminggu berlalu. Walaupun terpaksa bermain di dalam hujan lebat, namun para pemain tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka. Penyertaan daripada semua warga APMT di seluruh parlimen dan dun negeri membuktikan warga APMT bersatu hati dalam melakukan tugas dan tanggungjawab mereka.


Majlis bermula pada pukul 8 pagi di TER dan tamat pada pukul 12 tengah malam. Acara pada sebelah pagi dimulai dengan badminton dan futsal yang berlangsung di Permint Jaya manakala bola jaring dan bowling bertempat di Kompleks Sukan TER. Pada sebelah petangnya, acara sukaneka pula diadakan.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta ialah pertandingan karaoke yang telah berlangsung pada malamnya. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori duet dan solo. Namun persembahan yang paling menarik perhatian pada malam itu ialah nyanyian daripada Timbalan Pengarah APMT, Haji Shamsuddin yang turut menyumbangkan suara menyanyikan lagu Oh Fatimah.

Pemain sedang melakukan persiapan sebelum permainan

Acara lastik burung paling mendapat perhatian

Acara tarik tali berlangsung dalam keadaan hujan

Permainan hanya untuk gologan wanita


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Program Mesra Veteran Bersama Pemimpin

Oleh: Asma Aishah

Inisiatif Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT)untuk menghargai jasa golongan veteran sememangnya patut di beri pujian kerana telah berjaya menganjurkan program 'Mesra Veteran Bersama Pemimpin'. Program yang telah berlangsung pada 17 Oktober lepas di SMK. Tengku Ibrahim, Bandar Permaisuri telah melibatkan kira-kira 800 golongan veteran UMNO bahagian Setiu.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said.

Bertepatan dengan objektif utama program ini iaitu untuk menghargai jasa golongan veteran disamping untuk mewujudkan hubungan silaturahim diantara pemimpin dan veteran. Ia juga dapat memberi ruang untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea dalam mengekalkan kestabilan politik BN Terengganu.

Tuan Pengarah APMT bersama penolong pengarah menunggu ketibaan YAB Dato' Seri Ahmad Said


Ketibaan YAB Dato' Seri Ahmad Said disambut dengan persembahan silat gayung


Para peserta khusyuk mendengar ucapan daripada YAB Dato' Seri Ahmad


YAB Dato' Seri Ahmad menyampaikan cenderahati kepada para peserta


Salah seorang warga veteran begambar dengan YAB Dato' Seri Ahmad Said


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, November 15, 2010

Program Mesra Belia Bersama APMT di Dun Galas

Oleh: Asma Aishah

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Mungkin itulah yang boleh digambarkan bagi ahli-ahli UMNO dalam melaksanakan tugas mereka. Hal ini dapat dilihat ketika menjelang pilihanraya kecil Dun Galas yang lalu, dimana semua anggota ahli UMNO dan kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) berhempas pulas selama sembilan hari membantu melancarkan kempen dan proses pilihanraya di Galas.

Program yang diberi nama "Mesra Belia Bersama APMT" melibatkan kakitangan APMT telah berkampung di Galas sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi. Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang berada di sana. Antaranya, membina rumah APMT Terengganu dan membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk membantu golongan miskin.

Para petugas BN masuk berkempen di kampung.


Bantuan daripada APMT.


Para petugas APMT bertugas siang malam.


Sedang menyiapkan rumah APMT Terengganu.


Salah seorang petugas APMT sedang memasang bendera BN.


Penduduk kampung di Dun Galas khusyuk mendengar ceramah.


Dato ' Sri Mustapha Mohamed datang memberi sokongan kepada para petugas.


Kedatangan Dato ' Sri Mustapha Mohamed dirai.


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Sunday, November 7, 2010

Blog Media Baru Salur Maklumat

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH


Dato' Seri Ahmad Said, Ahmad Fathil, dan Rosli Zakaria bersama para pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Blog merupakan media baru yang boleh membantu rakyat, negeri dan negara menyampaikan mesej kepada orang awam terutama pelayar internet.

“Melalui blog juga, ia boleh diguna untuk menaikan dan menjatuhkan seseorang,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said. di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010, di Primula Beach Resort, petang semalam (2 November).


Hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Encik Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Encik Rosli Zakaria; Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Encik Roshali Taha dan Ketua Sektor ICT, Jabatan Pelajaran Terengganu, merangkap Ketua Hakim Pertandingan, Encik Nasir Ismail.

Katanya, apa pun tujuan blog dicipta, yang pasti ada kreativiti untuk menyalurkan makumat seperti menyalurkan mesej kerajaan negeri untuk pelancongan yang akan menjadi tulang belakang ekonomi negeri pada masa akan datang.

“Pertandingan ini juga merupakan perintis kepada usaha memperkasakan sektor pelancongan untuk perkenalkan nama Terengganu di serata dunia dan kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar iklan promosi,” katanya.

Beliau kemudiannya bersetuju iklan itu suatu yang penting untuk tujuan promosi, tetapi keindahan dan kebersihan satu-satu destinasi itu dengan sendirinya boleh menjadi bahan bualan pelancong apabila mereka kembali ke nagara asal masing-masing.

“Mungkin pada masa akan datang pertandingan ini diadakan dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pelancongan’ dengan skop yang lebih luas, merangkumi perspektif sosial dan ekonomi serta mengajak peserta untuk uar-uarkan kepada umum usaha kerajaan membangun negeri,” katanya.

Pertandingan yang dibuka selama enam bulan bermula April hingga September ini dengan tema ‘Terengganu Di Hati Ku’ menerima 398 penyertaan dari seluruh negara, dari jumlah tersebut, 261 peserta layak bertanding dan dipantau oleh urusetia bagi memastikan tiada aktiviti tidak sihat berlaku di laman blog penyertaan.

Pertandingan ini juga mendapat hit hampir 23,000, yang turut dilayari dari seluruh dunia seperti United Kingdom, Russia, Indonesia, Singapura, Egypt, Mongolia, Slovenia, Taiwan, France, Canada dan Netherlands.

Puan Norhaizan Abd Kadir dari Kuantan, Pahang muncul johan Kategori Terbuka, tempat kedua Encik Suzairi Zakaria dari Setiu dan ketiga Encik Syahreil Hafiz Shamsuddin dari Shah Alam, Selangor.

Kategori IPT, johan dimenangi Encik Mohammad Syazwan Safwan Jaafar dari Marang, Terenggau, Fairuz Abdul Rashid dari Kuala Terengganu (kedua) dan Aliashim Albani dari Kuala Terengganu (ketiga) manakala Kategori Sekolah dimenangi Syukrina Muhamad Razak dari Kedah, Wan Aini Athirah Wan Mohd Rahim dari Kuala Terengganu (kedua) dan Siti Haziqah Ismail dari Kemaman, Terengganu (ketiga).

Kategori Terbuka menawarkan RM10,000 (pertama), RM7,000 (kedua), RM5,000 (ketiga) disamping pakej penginapan dan sebah kamera digital dan RM3,000 (keempat) dan RM2,000 (kelima) serta masing-masing RM500 kepada 10 pemenang saguhati.

Kategori IPT, tempat pertama menerima RM7,000, RM5,000 (kedua) RM3,000 (ketiga) beserta pakej penginapan dan kamera digital manakala RM2,000, (keempat), RM1,500 (kelima) dan masing-masing RM300 kepada tujuh pemenang saguhati.

Kategori Sekolah, RM5,000 (pertama) RM3,500 (kedua), RM2,500 (ketiga) beserta pakej penginapan manakala RM1,500 (keempat), RM1,000 (kelima) dan masing-masing RM250 kepada enam pemenang saguhati.


TERENGGANU HARI INI


berita penuh