Monday, January 16, 2012

Terengganu Terima Dana Khas RM200 juta

Kerajaan negeri menerima bayaran balik Dana Khas Persekutuan berjumlah RM200 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia di Wisma Darul Iman, hari ini.

Penyerahan itu disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kementerian itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Seri Ahmad Said di tingkat 16, pejabat Menteri Besar.

Majlis penyarahan cek tersebut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Hadir sama, Penasihat Undang-undang Negeri, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

teganukita


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Sunday, January 15, 2012

Pemilik Tanah Yang Tidak Melunaskan Cukai Diberi Amaran

Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran keras termasuk merampas tanah pemilik yang didapati tidak menjelaskan tunggakan cukai tanah melebihi 10 tahun lepas.

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk menjadikan pemilik tanah berkenaan lebih bertanggungjawab.

"Ia melibatkan 25,047 hak milik dan mulai tahun ini pejabat tanah akan mengeluarkan notis kepada pemilik yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu bersama warga pentadbiran tanah negeri di sini hari ini.

Kutipan cukai tanah di Terengganu yang dicatat pada tahun 2011 ialah RM23 juta sedangkan hasil sebenar yang patut dipungut ialah RM26 juta, katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata pada tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan RM80 juta untuk pengambilan balik tanah di 24 kawasan bagi tujuan pembangunan

TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, January 5, 2012

Golongan Nelayan dan Penternak Di Hargai

Lebih 1,000 orang golongan nelayan dan penternak di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang semalam. Majlis perjumpaan bersama Menteri Besar Terengganu itu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman.


Pemberian saguhati itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban para nelayan dan penternak terutamanya pada musim tengkujuh ini. Menteri Besar dalam ucapannya berkata, pemberian pelbagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan keluarga nelayan dan penternak yang tidak harus disia-siakan.

"Di samping itu, mereka seharusnya berusaha mempelbagaikan punca pendapatan bagi menyediakan kehidupan lebih baik dan kerajaan menyasarkan pendapatan nelayan akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020," katanya.

Beliau turut menasihatkan persatuan bersikap proaktif dengan memanfaatkan kemudahan agar tidak sekadar dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan.

"Ia juga boleh dijadikan pusat kegiatan agro pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya," jelasnya.

Program anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bersama Lembaga Kemajuan Ikan Negeri serta Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di lihat dapat memberi penjelasan berkaitan peluang dan skim bantuan kerajaan untuk mengubah nasib golongan itu.

TERENGGANU HARI INI

berita penuh