Monday, October 31, 2011

"Saya Minta Maaf" - Sharbinee Allawee


PENJAGA gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat di negeri itu khususnya penyokong dan peminat bola sepak.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu mengakui kesilapan yang dilakukannya kerana tidak menjaga gawang gol dengan sehingga berjaya dibolosi dan memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia skuad Penyu.

“Saya sememangnya kecewa kerana semasa perlawanan penting terjadi insiden yang tidak diduga itu. Saya akui kesilapan itu dan sekali lagi meminta maaf kepada semua penyokong setia kerana gagal membawa pulang piala Malaysia.

“Perlawanan malam kelmarin memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, disini, semalam.

Bagaimanapun Sharbinee berkata, kesilapan dan kekecewaan itu telah mengajar mereka semua dan memberi pengalaman yang cukup berguna seterusnya menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang.

“Beginilah lumrah dalam bola sepak jika menang kita akan dijulang jika kalah kita akan disalahkan, namun saya menerima kritikan itu secara terbuka.

Penjaga gawang Harimau Malaya itu bertindak cemerlang sepanjang perlawanan sebelum gawang golnya dibolosi dua jaringan pada 10 minit terakhir.
Jawatan Kosong

Sinar Harian


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, October 17, 2011

Program Masyarakat Murni JPNT (PK1) dan SMK Geliga

Program Masyarakat Murni APMT yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober baru-baru ini telah disertai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga. Peserta yang telah dihantar oleh JPNT terdiri daripada 80 orang guru-guru penolong kanan satu di seluruh Negeri Terengganu. Manakala peserta daripada SMK Geliga terdiri daripada 120 orang guru dan kakitangan. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Tan Sri Dato' Seri Professor Dr. Ibrahim Bin Abu Shah. Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah APMT, Tuan Haji Roshali Bin Taha.









TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Wednesday, October 5, 2011

Program Merakyatkan Pentadbiran Belia Dun Bandar

Program Merakyatkan Pentadbiran Belia Dun Bandar anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dijalankan di Hotel Cititel, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober 2011. Peserta program terdiri daripada 80 orang belia Dun Bandar.












TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Sunday, October 2, 2011

Pelancaran RV Discovery UMT



Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal Latihan dan Penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Riyaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan mengiringi baginda bagi menyempurnakan majlis itu.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UMT disambut, Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Yang Dipertua Dun; Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahmad Razif Abd Rahman, Khazan Che Mat dan Naib Canselor UMT.

Pada majlis perasmian itu, Tuanku Nur Zahirah berkenan menandatangani plak perasmian sebagai gimik pelancaran kapal RV Discovery.

Naib Canselor UMT, Datuk Profesor Dr Aziz Deraman berkata, kapal bernilai lebih RM15 juta itu dibina khusus bagi tujuan penyelidikan oseanografi dengan dengan dilengkapi teknologi terkini setanding kapal penyelidikan luar negara dengan keupayaan belayar sejauh lebih 4,000 batu nautika tanpa mengisi minyak dan mampu berada selama dua minggu di lautan.


Menurutnya, kapal sepanjang 35 meter dan seberat 300 tan itu dibina pada September 2008 oleh syarikat tempatan dan berkemampuan menampung 12 krew kapal serta 23 pelatih pada satu-satu masa dengan menyediakan kabin, ruang makan serta ruang rehat yang selesa.

“Kita menjangkakan Kapal RV Discovery ini akan melakukan pelayaran sulungnya pada Oktober depan bermula di Kuala Terengganu hingga Langkawi dan akan beroperasi sebagai kapal penyelidikan sepenuhnya sepanjang tahun selepas itu.

“Untuk itu kita merancang kerjasama dalam penyelidikan berkaitan samudera dengan beberapa pihak antaranya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti); Universiti Teknologi Petronas (UTP); Universiti South Brittany, Perancis dan pihak luar yang ingin menggunakan perkhidmatan kapal ini untuk tujuan penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Dr Aziz berharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan sebuah tapak pelabuhan pengajaran dan pembelajaran bagi program Sains Nautika dan Pengurusan Maritim dengan angggaran keluasan lapan hektar.

Katanya, lokasi yang dilihat strategik adalah di Pulau Duyong ataupun Seberang Takir berdasarkan kedalamannya dan ia bukan hanya berfungsi sebagai pelabuhan semata-mata sebaliknya mampu menghidupkan industri hiliran masyarakat setempat.

“Malah pelabuhan itu nanti juga bakal menjadi produk pelancongan baru di negeri ini,” katanya.

Difahamkan dengan pelancaran RV Discovery ini meletakkan UMT sebagai universiti pertama di negara memiliki sebuah kapal yang serba canggih untuk tujuan penyelidikan dalam usaha menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam penerokaan, penjanaan dan penyebaran ilmu yang berkaitan samudera.

TERENGGANU HARI INI

berita penuh