Tuesday, September 27, 2011

Terengganu vs Negeri Sembilan : MB Turun Padang

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, akan ‘turun padang’ malam ini bagi menyaksikan skuad ‘Penyu’ beraksi menentang pasukan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Dalam kesibukan menjalankan tugas harian, Menteri Besar tidak lupa untuk memberi sokongan kepada para atlet dan pemain bola sepak negeri ini agar mereka mencapai kejayaan dalam bidang sukan, sekaligus mengharumkan nama Terengganu.

Kehadiran peminat nombor satu pasukan tuan rumah itu sudah tentu menjadi ‘pembakar semangat’ kepada Terengganu untuk menumpaskan Negeri Sembilan, seterusnya muncul juara Kumpulan B bagi kempen Piala Malaysia.

Jika Terengganu yang merupakan juara Piala FA 2011 menang malam ini, ia tentunya lebih manis kerana mereka berjaya membalas dendam atas kekalahan 0-1 kepada pihak lawan di Stadium Paroi, Seremban, dua minggu lalu.

Kemenangan ke atas Negeri Sembilan juga dianggap penting kerana ia bakal memudahkan laluan pasukan Terengganu pada peringkat suku akhir nanti, seterusnya menggapai impian untuk muncul juara Piala Malaysia.

Secara kasarnya Terengganu sudah pun menempah tiket ke suku akhir, tetapi ia tidak bermakna anak buah Irfan Bakti boleh bermain sambil lewa bagi melengkapkan jadual perlawanan semata-mata.

Jurulatih pasukan Terengganu itu memberi jaminan akan menurunkan barisan terkuat pada malam ini bagi memastikan pasukan kita mengutip tiga mata penuh.

Beliau dijangka menurunkan pemain Harimau Muda, Faizal Muhammad atau Hasmizan Kamaroddin bagi menggantikan pemain pertahanan tengah, Mazlizam Mohamad yang masih dilanda masalah kecederaan.

Unit Komunikasi Terengganu


TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, September 19, 2011

Rumah Terbuka APMT

Pada 12 September 2011 bersamaan dengan 14 Syawal 1432H, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Ibu Pejabat telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di tingkat 6, Wisma Darul Iman. Hampir 500 orang tetamu yang hadir ke majlis pada hari tersebut termasuk Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said.






TERENGGANU HARI INI

berita penuh